Terma dan Syarat Menginap di HOMESTAY ANA


1. HOMESTAY ANA hanya dibuka untuk tempahan/sewaan tetamu beragama ISLAM sahaja.

2. Hanya tetamu MUSLIM yang berikut dibenarkan menginap di homestay:
    a. terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan keluarga  
        mahram
    b. jika berkumpulan yang tiada hubungan keluarga, mestilah sama gender,   
        samada wanita sahaja atau lelaki sahaja.


3. Makanan dan minuman yang halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.

4. Minuman keras/alcohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang seperti senjata api, dadah, ganja dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.

5. Penginap dinasihatkan agar tidak meninggalkan barang  berharga di dalam homestay. Sila pastikan pintu dan pagar dikunci semasa penginap berada di rumah mahupun ketika penginap meninggalkan homestay untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang berharga semasa menginap di homestay.

6. Penginap diminta agar tidak membuang tuala sebarang objek (seperti tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelak tandas tersumbat.

7. Penginap hendaklah memastikan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman (cth : membuat bising, meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan jiran) jiran-jiran berdekatan.

8. Penginap tidak dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi agama/bertentangan dengan ajaran Islam di homestay ini.
 
9. Sila pastikan pintu dan tingkap ditutup setiap kali meninggalkan homestay atau ketika tidur pada waktu siang atau malam.
 
10. Sila pastikan suis elektrik (televisyen, kipas, lampu, dapur dan peralatan elektrik yang lain) dipadamkan selepas digunakan. Sila pastikan semua suis elektrik juga dipadamkan setiap kali penginap meninggalkan rumah.
 
11. Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali. Mohon kerjasama para penyewa untuk menghormati kawasan kejiranan.
 
12. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.
 
13. Kerjasama penginap untuk tidak mengalihkan perabot dan kelengkapan homestay amat dihargai. Sila kembalikan perabot atau kelengkapan yang telah dialihkan ke tempat asalnya.
 
14. Penginap diminta untuk melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku semasa tempoh menginap. Deposit penginap tidak akan dipulangkan (dikira sebagai gantirugi kerosakan) sekiranya kerosakan diakibatkan oleh kecuaian penginap.
 
15. Pengurusan HOMESTAY ANA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan, kecederaan atau kehilangan nyawa penginap dan harta benda penginap yang disebabkan oleh kecuaian penginap atau sebab-sebab lain yang berada di luar kawalan pihak pengurusan.
 



3 comments :

© Copyright 2013. ---HOMESTAY---ANA---. All Rights Reserved. Designed by: LBT (Lovely Blogging Tricks)