Borang Tempahan


Powered byEMF Form Builder
Continue Reading...

Terima Kasih kerana memilih HOMESTAY ANA sebagai homestay pilihan anda!

Borang permohonan anda sedang diproses. Sebarang pertanyaan lanjut, sila whatsapp/sms 016-5948741 atau emel ke homestaykatbangi@gmail.com.

Klik sini untuk kembali ke laman utama....
Continue Reading...
Syarat-syarat tempahan/sewaan homestay :

1. HOMESTAY ANA hanya dibuka untuk tempahan penyewa MUSLIM sahaja.

2. Untuk tempahan, bayaran deposit adalah RM100.

3. Bayaran booking/tempahan akan dikembalikan sekiranya pembatalan
    dibuat 3 hari sebelum tarikh masuk.

4. Semasa check-in anda perlu menjelaskan bayaran penuh sewaan.

    Harga sewaan adalah : RM300 semalam
  

5. Bayaran deposit akan dikembalikan apabila anda  check-out bagi memastikan
    tiada kerosakan berlaku pada homestay sepanjang tempoh penyewaan anda.


 6. Waktu Check-in : 2:00 petang
     Waktu Check-out : 12:00 tengahari




Cara-cara membuat tempahan/sewaan homestay :


1. Sila sms/call/whatapps KAK ANA di talian berikut- 016-5948741, untuk 
    memastikan kekosongan homestay pada tarikh yang dikehendaki.

2. Sila sertakan salinan kad pengenalan (salinan kad pengenalan individu yang
    membuat tempahan). 

3. Bayaran deposit adalah RM100.00.

4. Untuk membuat tempahan, sila :
    a. Isikan borang tempahan HOMESTAY ANA, klik di sini.
    b. whatapps bukti bayaran deposit (RM100) kepada 016-5948741 atau
        email kepada homestaykatbangi@gmail.com.
    c. emailkan salinan kad pengenalan kepada  
        homestaykatbangi@gmail.com (jika anda belum muat naik seperti yang
        dinyatakan di bahagian a di atas.)


5.  Bayaran boleh dibuat terus ke akaun :Maybank Berhad. Nombor akaun akan diberitahu melalui sms/whatsapp.


      


Continue Reading...

Terma dan Syarat Menginap di HOMESTAY ANA


1. HOMESTAY ANA hanya dibuka untuk tempahan/sewaan tetamu beragama ISLAM sahaja.

2. Hanya tetamu MUSLIM yang berikut dibenarkan menginap di homestay:
    a. terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan keluarga  
        mahram
    b. jika berkumpulan yang tiada hubungan keluarga, mestilah sama gender,   
        samada wanita sahaja atau lelaki sahaja.


3. Makanan dan minuman yang halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.

4. Minuman keras/alcohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang seperti senjata api, dadah, ganja dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.

5. Penginap dinasihatkan agar tidak meninggalkan barang  berharga di dalam homestay. Sila pastikan pintu dan pagar dikunci semasa penginap berada di rumah mahupun ketika penginap meninggalkan homestay untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang berharga semasa menginap di homestay.

6. Penginap diminta agar tidak membuang tuala sebarang objek (seperti tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelak tandas tersumbat.

7. Penginap hendaklah memastikan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman (cth : membuat bising, meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan jiran) jiran-jiran berdekatan.

8. Penginap tidak dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi agama/bertentangan dengan ajaran Islam di homestay ini.
 
9. Sila pastikan pintu dan tingkap ditutup setiap kali meninggalkan homestay atau ketika tidur pada waktu siang atau malam.
 
10. Sila pastikan suis elektrik (televisyen, kipas, lampu, dapur dan peralatan elektrik yang lain) dipadamkan selepas digunakan. Sila pastikan semua suis elektrik juga dipadamkan setiap kali penginap meninggalkan rumah.
 
11. Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali. Mohon kerjasama para penyewa untuk menghormati kawasan kejiranan.
 
12. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.
 
13. Kerjasama penginap untuk tidak mengalihkan perabot dan kelengkapan homestay amat dihargai. Sila kembalikan perabot atau kelengkapan yang telah dialihkan ke tempat asalnya.
 
14. Penginap diminta untuk melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku semasa tempoh menginap. Deposit penginap tidak akan dipulangkan (dikira sebagai gantirugi kerosakan) sekiranya kerosakan diakibatkan oleh kecuaian penginap.
 
15. Pengurusan HOMESTAY ANA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan, kecederaan atau kehilangan nyawa penginap dan harta benda penginap yang disebabkan oleh kecuaian penginap atau sebab-sebab lain yang berada di luar kawalan pihak pengurusan.
 



Continue Reading...

Peta Lokasi

HOMESTAY ANA








HOMESTAY ANA terletak berdekatan dengan tempat-tempat berikut:

(**jarak dari homestay)
    • (**6.5km)   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • (**10.2km) Universiti Putra Malaysia (UPM)  
    • (**7.4km)   Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)   
    • (**7.1km)   Maktab Perguruan Islam (MPI)  
    • (**7.9km)   Malaysian France Institute (MFI)  
    • (**9.2km)   Hospital Serdang   
    • (**5.7km)   National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) 
    • (**7.0km)   Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)  
    • (**47.0km) Kuala Lumpur International Airport (KLIA)    
    • (**48.0km) Sepang Litar F1  
    • (**14.3km) Alamanda    
    • (**6.1km)   Bangi Gateway Shopping Complex  
    • (**4.5km)   Warta Shopping Complex  
    • Berdekatan dengan rumah kedai dan restoran






Continue Reading...

Kemudahan-kemudahan di HOMESTAY ANA

HOMESTAY ANA menyediakan :

  • 3 bilik tidur (2 bilik berhawa dingin dan berkipas siling, 1 bilik berkipas siling)
  • 2 bilik air
  • 1 ruang tamu
  • 1 ruang makan
  • 1 ruang dapur

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di HOMESTAY ANA :

  • Televisyen (dengan ASTRO dan saluran terpilih)
  • Sofa
  • Dapur elektrik
  • Cerek
  • Set pinggan mangkuk
  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • 2 katil queen size
  • 1 katil dua tingkat (double decker)
  • Bantal
  • Selimut
  • 1 tilam tambahan
  • Almari pakaian
  • Seterika dan iron board
  • Sejadah
  • Minuman 3 in 1

 
Continue Reading...
© Copyright 2013. ---HOMESTAY---ANA---. All Rights Reserved. Designed by: LBT (Lovely Blogging Tricks)